Kelas Microsoft Office Excel (Asas Membuat Graf Bar)

28 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad, 27 Oktober 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Excel iaitu ‘Asas Membuat Graf Bar’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara asas membuat graf bar menggunakan program Microsoft Office (MS) Excel.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada mulanya diterangkan kegunaan Ms. Excel serta fungsi-fungsi asas yang terdapat pada program ini. Peserta didedahkan dengan butang-butang yang lebih kurang sama seperti program Ms yang lain bagi memberi sedikit pemahaman kepada mereka. Kemudian, peserta diajar langkah demi langkah cara untuk membuat graf bar menggunakan Ms. Excel. Graf bar yang dihasilkan adalah berbentuk 2D kerana untuk permulaan graf ini paling mudah difahami dan dibuat. Setelah semua peserta faham cara-caranya, mereka diberi tugasan untuk membuat graf jenis yang sama menggunakan data yang berbeza bagi menguji pemahaman mereka.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali